Site icon TechNave BM

PlayStation baharu dalam pembangunan, mungkin PS5 Pro untuk dilancar pada April 2023

Jika mengikut giliran, Sony PlayStation 6 (PS6) sepatutnya dilancarkan selepas PlayStation 5 (PS5). PS6 yang masih dalam pembangunan tetapi syarikat itu mungkin sedang menyediakan keluaran PS5 Pro dalam pasaran.

Menurut Naib Presiden Kanan Sony, Hideaki Nishino dalam temu bual dengan media Jepun, Famitsu, eksekutif itu berkongsi beberapa rancangan syarikat untuk masa depan. Beliau tidak dibenarkan memberikan butiran butiran lanjut tetapi mendedahkan keluaran baharu akan berlaku pada April 2023.

Tom Henderson menyatakan bahawa model baharu dengan pemacu cakera boleh tanggal “berfungsi dengan sempurna”. Beliau seterusnya menyatakan bahawa model baharu itu sudah berada di tangan beberapa pembangun. 

Buat masa ini, Sony menjual konsol dalam dua versi iaitu model digital dan pemacu cakera (disc driver). Gamer digital bersetuju bahawa model pemacu cakera mempunyai kelebihan tertentu di mana ia menawarkan satu lagi cara dalam gaming dan anda boleh menggunakan semua cakera fizikal yang ada pada PS4. 

Menurut laporan, Sony sedang menyediakan versi baharu dengan pemacu cakera boleh tanggal. Sony mungkin menjual konsol pada tanda harga yang lebih rendah dan menawarkan pemacu cakera secara berasingan untuk mereka yang memerlukannya. 

Daripada segi harga, kami menjangkakan PS5 Pro berharga lebih sedikit daripada varian standard bermula $600 (~RM2,651). Namun, dengan pemacu cakera yang dijual secara berasingan, harganya mungkin tidak terlalu tinggi. Sony juga boleh menjadikan harga konsol lebih murah dengan menawarkan pemacu cakera sebagai aksesori pihak ketiga.

Di samping semua khabar angin mengenai PS5 Pro ini, syarikat itu turut dilaporkan dalam fasa perancangan konsol baharu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version