Site icon TechNave BM

PTPTN perkenal “Live Chat” untuk anda bertanya atau buat aduan dalam talian

Terkini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengumumkan fungsi baharu Live Chat sebagai inisiatif untuk pelanggan menghubungi mereka secara dalam talian. Fungsi Live Chat ini boleh digunakan melalui portal rasmi PTPTN.

Fungsi Live Chat boleh diguna pakai untuk orang ramai mengemukakan aduan, bertanya tentang pinjaman pelajaran, SSPN dan sebagainya. Setelah melayari portal rasmi PTPTN, anda boleh klik pada ikon berwajah kartun lelaki untuk mula mengaktifkan Live Chat. Anda perlu mengisi maklumat ringkas dan kemudian menunggu ejen untuk memulakan sesi perbualan dengan anda.

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan Live Chat beroperasi dari Isnin hingga Jumaat (jam 8 pagi hingga 5 petang). Talian perkhidmatan PTPTN juga boleh dihubungi melalui 03 21933000 (Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang).

Inisiatif ini adalah penting untuk memastikan perkhidmatan dan perhubungan dengan pelanggan masih kekal diteruskan walaupun halangan ke kaunter fizikal semakin terbatas kerana penularan COVID-19. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version