KRAFTON, Inc. mengumumkan kerjasama global tiga hala antara PUBG: BATTLEGROUNDS, PUBG MOBILE dan jenama automobil mewah Porsche yang akan membawa kenderaan serta kandungan bertema Porsche terus ke medan pertempuran maya. Ia akan mula diperkenalkan pada 31 Oktober 2025 menerusi treler rasmi PUBG x PUBG MOBILE x Porsche di saluran rasmi PUBG.
Untuk pemain PC, kolaborasi ini bermula 5 November hingga 3 Disember manakala pengguna konsol boleh menikmati kandungan sama dari 13 November hingga 11 Disember. Pemain PUBG MOBILE pula akan mendapat akses bermula 5 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.
KRAFTON turut menganjurkan acara cabutan bertuah khas bagi pemain PC dan konsol dengan melengkapkan rekaan kenderaan Porsche atau misi harian. Pemain boleh memperoleh tiket cabutan dan berpeluang memenangi jemputan ke PUBG UNITED 2025 di Bangkok dan ganjaran G-Coin untuk pemenang tempat kedua hingga kelima.
Bagi versi mudah alih, PUBG MOBILE x Porsche akan tiba sebagai sebahagian daripada Versi 4.1 dengan pengumuman lanjut dijangka tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kolaborasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

