Site icon TechNave BM

PUBG MOBILE anjurkan karnival kopi di 4 kafe Kuala Lumpur sepanjang Disember 2025

Permainan mudah alih popular PUBG MOBILE akan menganjurkan acara khas sepanjang bulan Disember 2025 bertemakan Karnival Kopi. Seperti acara-acara khas sebelum ini, anda boleh dapatkan ganjaran eksklusif dalam game jika anda memainkannya dan alami pengalaman yang menarik.

Antara aktiviti yang disediakan termasuklah permainan mini khas dalam game untuk dapatkan ganjaran seperti Pek Suara Sweet Maid dan pakaian Caramel Angel. Ia merupakan penambah kepada tema Frosty Funland yang diperkenalkan pada bulan lalu dan ia melibatkan pelbagai mod permainan seperti WOW, Metro Royale dan Gala Tahunan Populariti 2025.

Sepanjang bulan ini, PUBG MOBILE bekerjasama dengan empat kafe di Kuala Lumpur iaitu House of Wheat dan Common Space pada 1-14 Disember, Koppiku pada 8-31 Disember serta Parkview Cafe pada 15-21 Disember.

Sewaktu tarikh yang ditetapkan, semua kafe di atas akan menawarkan minuman dan makanan istimewa, lengkap dengan pembungkusan edisi terhad seperti sarung cawan, alas cawan dan kotak makanan bertemakan PUBG MOBILE. Koppiku pula menawarkan item khas PUBG MOBILE x Koppiku yang terdiri daripada pek pelekat, beg galas, set penyedut minuman guna semula, baju-T dan cawan.

Selain itu, PUBG MOBILE akan mengadakan Perhimpunan Komuniti di empat kafe ini pada tarikh berikut:

LokasiTarikh
Common Space7 Disember
House of Wheat (Chow Kit)13 Disember
Koppiku (Jaya One)20 Disember
Parkview Cafe20-21 Disember

Dalam Perhimpunan Komuniti ini, anda boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti permainan mini dengan ganjaran barangan cenderamata, kejohanan santai dan sesi temu mesra bersama pempengaruh.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertai mana-mana acara di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version