Selepas bekerjasama dengan Balenciaga, PUBG MOBILE kini memilih Rockstar Energy Drink untuk kerjasama eksklusif terbaharu yang melancarkan koleksi streetwear terhad hasil kolaborasi kreatif bersama NRG.
Koleksi ini menggabungkan elemen permainan kompetitif dengan budaya streetwear secara maya dan fizikal. Bermula hari ini sehingga 18 Disember 2025, pemain boleh akses koleksi dalam permainan termasuk jaket, seluar, cermin mata hitam, topi dan kasut yang mencerminkan estetika Rockstar.
Treler rasmi kolaborasi sudah tersedia di platform YouTube. PUBG MOBILE boleh dimuat turun percuma melalui App Store dan Google Play Store. Maklumat lanjut mengenai promosi boleh didapati di laman sosial rasmi kedua-dua jenama.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kolaborsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

