Site icon TechNave BM

PUBG Mobile kerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia anjurkan Kejohanan City Tournament

Game mudah alih popular PUBG Mobile telah memeterai sebuah kerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia (OCM) bagi menjayakan Kejohanan PUBG Mobile City Tournament dan mencari bakat-bakat baru di kalangan gamers PUBG Mobile.

PUBG Mobile City Tournament akan dibahagikan mengikut dua kategori iaitu Solo (berseorangan) dan Squad (berkumpulan). Peserta Solo akan dimainkan dahulu secara dalam talian sepenuhnya, maakala peserta Squad akan dibahagikan mengikut empat zom iaitu Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Borneo.

Pendaftaran akan dibuka bermula 1 Julai 2022, di mana kategori Solo akan dipertandingkan bermula 9 Julai manakala kategori Squad akan bermula pada 16 Julai di Zon Tengah.

Lima pemain Solo yang terbaik daripada setiap Zon akan disatukan kepada sebuah pasukan dan akan mara ke PUBG Mobile National Championship (PMNC). Untuk kategori Squad, enam pasukan teratas untuk Zon Tengah dan Zon Borneo serta empat pasukan teratas untuk Zon Selatan dan Zon Timur akand mara ke peringkat berkumpulan PMNC.

Layari laman web PUBG Mobile City Tournament untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version