Site icon TechNave BM

PUBG Mobile kini sudah capai jumlah muat turun sebanyak 1 bilion di seluruh dunia

PUBG Mobile ialah sebuah game popular yang turut tersedia di peranti mudah alih dan menempah nama baik dalam kalangan peminat. Namun, tahukah anda PUBG Mobile kini sudah mencapai jumlah muat turun sebanyak 1 bilion oleh pengguna di seluruh dunia?

Pencapaian ini telah dimaklumkan sendiri oleh Tencent. Menurut Tencent, jumlah 1 bilion ini walau bagaimanapun tidak termasuk jumlah muat turun di China. Kami menjangkakan ia pasti melebihi 1 bilion kerana jumlah peminat game mudah alih di China adalah ramai.

Sepintas lalu, PUBG Mobile telah dikeluarkan pada tahun 2018. Pada tahun 2019, ia dikategorikan sebagai game yang paling popular. Selain mengumumkan pencapaian ini, Tencent turut mengumumkan kolaborasinya dengan Godzilla vs. Kong dan pembinaan peta Karakin klasik untuk pemain mudah alih pada 7 April ini.

Terdahulu, Tencent juga memaklumkan mengenai PUBG: New State yang bakal hadir di peranti pada tahun ini.

Adakah anda salah seorang pemain PUBG? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version