Site icon TechNave BM

PUBG Mobile lancarkan kandungan khas untuk filem Polis Evo 3

Permainan mudah alih popular PUBG Mobile telah melancarkan kandungan baharu buat para pemainnya, bertemakan filem aksi tempatan Polis Evo 3.

Bermula 27 Mei sehingga 4 Jun 2023, para pemain boleh menyertai acara Operasi Evo Event dan dapatkan pek suara istimewa oleh pelakon Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Suara tersebut akan dilakonkan dengan watak mereka iaitu Inspektor Khai dan Inspektor Sani.

Di samping itu, lagu tema Polis Evo 3 bertajuk “Ayuh” akan dimainkan sewaktu pemain berada dalam Game Lobby untuk PUBG Mobile. Kandungan khas lain yang bertemakan filem tersebut termasuklah bingkai profil (profile frame), gambar profil (profile picture) dan semburan grafiti (grafitti spray).

Para pemain perlu melengkapkan beberapa tugas untuk mendapatkan item-item bertemakan Polis Evo. Berikut adalah butiran mengenainya:

Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan item ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version