Site icon TechNave BM

PUBG Mobile, MLBB, Honor of Kings bakal dipertandingkan dalam Asian Games akan datang

Olympic Council of Asia mengumumkan bahawa sejumlah 13 game e-sukan bakal dipertandingkan secara rasmi dalam temasya sukan antarabangsa Asian Games ke-20 yang akan berlangsung di Jepun pada 2026.

Jenis-jenis e-sukan ini turut merangkumi game yang sangat popular di Malaysia, dengan para pemain tempatan yang aktif bertanding dalam pertandingan kebangsaan serta antarabangsa. Berikut adalah senarai game yang akan dipertandingkan:

Pasukan Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk meraih pingat emas dalam beberapa game di atas. Sebagai contoh, pasukan dari Malaysia memenangi MLBB Mid Season Cup yang berlangsung di Arab Saudi pada Julai 2024, kemudian sebuah lagi pasukan Malaysia memenangi Honor of Kings Championship di Indonesia pada Oktober 2024.

Sebelum ini, kategori e-sukan diperkenalkan buat kali pertama sewaktu Asian Games 2018 di Indonesia, kemudian diluaskan kepada tujuh game sewaktu Asian Games 2023 di China.

Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan kategori e-sukan dalam Asian Games akan datang dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version