Site icon TechNave BM

PUBG MOBILE Super League SEA Spring 2025 bakal diadakan di Kuala Lumpur!

Kejohanan PUBG MOBILE Super League SEA Spring 2025 kini kembali dan ia bakal diadakan secara langsung di Kuala Lumpur (lokasi bakal diumumkan). Bermula dari 26 Februari hingga 9 Mac 2025, 24 pasukan terbaik dari Asia Tenggara bakal bertanding untuk merebut hadiah bernilai USD 200,000.

Pertandingan berlangsung setiap hari Rabu hingga Ahad dengan 16 pasukan terbaik mara ke Grand Final pada 14-16 Mac 2025 manakala TECNO diumumkan sebagai Rakan Kongsi Telefon Pintar Rasmi bagi musim ini.

Format baharu turut diperkenalkan dengan konsep Super Weekend dan peraturan SMASH RULE yang menentukan juara melalui sistem Match Point yang inovatif. PMSL SEA Spring 2025 juga membuka lebih banyak peluang kepada pasukan akar umbi untuk layak menerusi PMNC.

Juara musim ini akan memperoleh slot tambahan untuk pasukan PMNC negara mereka bagi kejohanan seterusnya. Pasukan ternama seperti HOMEBOIS, Team Secret, eARENA dan MGN VIKINGS ESPORTS bakal bertanding bersama pasukan baharu dan bekas juara seperti BOOM eSports yang ingin menebus kegemilangan mereka.

Jangan lepaskan aksi sengit ini dan ikuti perkembangan terkini di platform rasmi PUBG MOBILE Esports Malaysia! Beritahu kami di Facebook jika anda akan hadir memberikan sokongan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version