Site icon TechNave BM

PUBG Mobile tampilkan cuaca sejuk di mana pemain kini perlu mengawasi suhu badan mereka

Esok, game mudah alih popular PUBG Mobile akan menawarkan mod baru kepada pemain iaitu Arctic Mode, di mana pemain perlu mengekalkan suhu badan mereka sewaktu bertempur dalam arena yang diselubungi cuaca sejuk.

Dalam mod ini, suhu badan pemain akan turun secara beransur-ansur jadi mereka perlu bekerjasama dengan rakan sepasukan dan mencari cara bagi meningkatkan suhu badan. Antara cara untuk berbuat demikian adalah membuat unggun api daripada dahan-dahan pokok di dalam bangunan, memburu binatang untuk dijadikan makanan dan alat-alat bantuan seperti pemanas dan pek kesihatan (health pack).

Semua ini perlu dilakukan sewaktu para pemain perlu menewaskan pasukan lawan seperti dalam mod biasa. Tentunya pengenalan unsur gameplay musim sejuk ini akan membuatkan PUBG Mobile lebih mencabar. Selain itu, PUBG Mobile juga akan mendatangkan alat baru seperti papan luncur salji dan dron kawalan jauh untuk memberikan kelebihan taktikal kepada pemain.

Mod baru ini adalah sebahagian daripada EvoGround, sebuah kemas kini kandungan percuma untuk PUBG Mobile. Beritahu kami di Facebook kalau anda akan mencuba mod ini esok dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version