Site icon TechNave BM

PUBG Mobile tawarkan kandungan khas sempena filem Venom: The Last Dance

Sempena penyiaran filem Venom: The Last Dance di pawagam seluruh negara pada waktu ini, game mudah alih popular PUBG Mobile akan menganjurkan acara kolaborasi khas PUBG Mobile x Venom: The Last Dance yang menyediakan pelbagai item menarik dalam game.

Acara dalam game PUBG Mobile ini akan berlangsung sehingga 10 November 2024. Berikut adalah senarai item dan kuasa yang boleh dimainkan oleh para pemain sepanjang acara ini:

Bagi menyambut acara game ini, pihak PUBG Mobile telah mengadakan tayangan khas Venom: The Last Dance pada 26 Oktober 2024 di Pavilion Kuala Lumpur untuk pihak media dan para pemain PUBG Mobile yang bertuah.

PUBG Mobile boleh dimuat turun melalui aplikasi Apple App Store atau Google Play Store. Beritahu kami di Facebook jika anda akan memainkannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version