Site icon TechNave BM

PUBG Mobile umum kerjasama dengan siri filem KL Gangster

Game mudah alih popular PUBG Mobile telah mengumumkan sebuah kerjasama bersama francais filem tempatan popular, KL Gangster. Ini adalah kali pertama PUBG Mobile jalinkan kerjasama dengan syarikat filem tempatan.

PUBG Mobile telah berkongsi sebuah video pendek berdurasi 30 saat di mana dua orang pelakon utama KL Gangster iaitu Syamsul Yusof dan Dato’ Aaron Aziz muncul semula sebagai watak masing-masing, Shark dan Malek. Video tersebut dirakam di Petaling Street yang merupakan lokasi penting dalam filem KL Gangster.

PUBG Mobile masih belum mengumumkan sebarang kandungan khas yang akan diperkenalkan dalam game tersebut, namun peminat KL Gangster boleh menjangkakannya pada bulan Julai 2022.

Adakah anda berminat untuk bermain sebagai watak Shark dalam PUBG Mobile? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version