Pemain permainan mudah alih pasti tertarik dengan kerjasama baharu antara PUBG MOBILE dan pengeluar kereta legenda Shelby American yang membawa dua model kereta berprestasi tinggi ke dalam medan tempur digital. Bermula hari ini hingga 6 Julai, pemain PUBG MOBILE boleh mengakses dua kenderaan ikonik dengan Shelby GT500 dan Shelby 427 Cobra.
GT500 hadir dengan rekaan hitam dan merah serta versi Retro Invader yang penuh gaya. Sementara itu, 427 Cobra menampilkan rekaan biru dan putih klasik serta edisi khas Inkstorm. Kedua-dua kenderaan boleh ditingkatkan dengan lampiran unik seperti spoiler, ekzos empat, belon roket dan piring terbang.
Selain itu, pemain juga boleh memperoleh payung terjun dan aksesori kenderaan bertema Shelby termasuk ganjaran eksklusif apabila mengumpul semua variasi GT500. Muat turun PUBG MOBILE di App Store dan Google Play untuk mencuba kandungan edisi terhad ini sebelum ia tamat pada 6 Julai.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kolaborasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

