PUBG MOBILE mengumumkan kolaborasi global dengan siri televisyen popular Peaky Blinders menerusi kerjasama bersama Banijay Rights yang membawa kandungan bertema keluarga Shelby ke dalam permainan bermula 9 Januari hingga 5 Februari 2026.
Melalui kolaborasi ini, pemain boleh menggunakan skin watak Thomas Shelby, Arthur Shelby dan John Shelby selain akses kepada pelbagai barangan eksklusif termasuk senjata Foggy City seperti Thompson SMG, Topi Newsboy Razor dan Beg Galas Locked & Loaded.
PUBG MOBILE turut memperkenalkan emote baharu seperti Thumbs Up Approval dan Menacing Stride serta pek suara Thomas Shelby. Kandungan tambahan lain merangkumi Misty Soul UAZ, Peaky Blinders Parachute dan hiasan dinding khas untuk PUBG MOBILE Home.
Kolaborasi ini juga menampilkan acara berasaskan naratif bertajuk The Shelby Trials yang membolehkan pemain menyertai empat senario berbeza diinspirasikan daripada siri asal Peaky Blinders. Pemain perlu membuat pilihan strategik sepanjang jalan cerita dengan ganjaran berupa barangan eksklusif dalam permainan.
Sebagai sebahagian daripada acara ini, muzik pembukaan ikonik Red Right Hand oleh Nick Cave and the Bad Seeds turut dipaparkan dalam permainan. Siri Peaky Blinders merupakan siri ciptaan Steven Knight dan telah dijual ke lebih 190 negara. Ia kini tersedia secara global melalui Netflix.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kolaborasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

