PUBG MOBILE hari ini mengumkan kerjasama terbaharu dengan pasukan lumba permotoran Scuderia Ferrari HP bagi menyediakan kandungan eksklusif kepada para pemain game tersebut.
Kerjasama ini akan berlaku pada 2026 dan bakal menawarkan “inovasi serta keunggulan teknikal kejuruteraan Ferrari menerusi elemen permainan yang imersif,” menurut pengumuman rasmi daripada PUBG MOBILE. Buat masa ini, PUBG MOBILE masih belum memperincikan apakah yang pemain boleh jangkakan dengan kerjasama ini, namun ia akan diumumkan dalam masa terdekat.
Ini bukanlah kali pertama PUBG MOBILE bekerjasama dengan jenama automotif popular. Sebelum ini, game itu pernah bekerjasama dengan Porsche dan pemain boleh memandu kereta-kereta yang dibina oleh jenama Jerman itu dalam game. Jadi, kita mungkin boleh andaikan perkara yang sama untuk kerjasama dengan Ferrari ini.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kerjasama ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

