Site icon TechNave BM

PUBG umum kolaborasi dengan BLACKPINK, mungkin kostum atau kenderaan baru

Terkini, PUBG telah mengumumkan secara rasmi kolaborasinya dengan kumpulan bintang terkenal yang diminati ramai, BLACKPINK. Pengumuman ini dimuat naik melalui siaran di laman Twitter rasmi PUBG.

Terdahulu, PUBG sebenarnya sudah mengacah poster yang mempamerkan bintang wanita yang didakwa Lisa BLACKPINK memakai kaca mata merah jambu dan kesemua empat ahli BLACKPINK dalam satu kenderaan berwarna merah jambu.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat lanjut tentang kolaborasi ini, sama ada untuk mewujudkan kostum baharu atau kenderaan baharu dalam game PUBG.

Apakah ramalan dan pendapat anda pula? Adakah selepas ini game PUBG akan dipenuhi peminat tegar kumpulan BLACKPINK? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PUBG

Exit mobile version