Site icon TechNave BM

Public Bank henti sokongan aplikasi lama, pengguna perlu beralih ke MyPB APP

Public Bank baru-baru ini mengumumkan bahawa sokongan untuk aplikasi mudah alih lama, PB engage MY APP, akan ditamatkan secara rasmi pada Jun 2025. Sehubungan itu, semua pengguna dikehendaki beralih kepada aplikasi baharu, MyPB APP, bagi terus menikmati perkhidmatan perbankan dalam talian.

MyPB APP hanya menyokong peranti Android yang menjalankan Android 11 ke atas. Pengguna yang masih menggunakan peranti dengan Android 10 atau lebih rendah disarankan untuk menaik taraf atau menggantikan peranti mereka secepat mungkin bagi mengelakkan gangguan terhadap urusan perbankan.

Selain itu, sebelum dapat menggunakan MyPB APP buat kali pertama pada peranti baharu, pengguna perlu melengkapkan proses pengaktifan PB SecureSign di mana-mana mesin ATM Public Bank. Selepas pengaktifan, sistem akan memulakan tempoh bertenang selama 12 jam dan fungsi penuh aplikasi akan tersedia seperti biasa.

Public Bank menasihatkan semua pendeposit agar segera menyelesaikan proses migrasi dan tetapan aplikasi baharu bagi memastikan urusan transaksi dalam talian tidak terjejas akibat peralihan sistem ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Public Bank

Exit mobile version