Site icon TechNave BM

Pulau Pinang ingin sediakan 5G kepada semua industri, ke arah Gigabit City pada 2022

Melalui konferens World Congress on Information Technology (WCIT) 2020 kali ke-24 di Malaysia, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyatakan bahawa kerajaan akan memfokuskan ketersediaan 5G yang kepada keseluruhan industri di negeri tersebut apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mula memperkenal 5G pada tahun 2022.

Melalui ketersediaan 5G di Pulau Pinang, usaha ini adalah selari ke arah perkembangan Gigabit City. Beliau menyatakan bahawa Pulau Pinang sudah menjalankan ujian demonstrasi 5G pada tahun ini. Oleh itu, beliau yakin bahawa keseluruhan industri di negeri tersebut akan dilengkapi rangkaian 5G setelah 5G sedia pada tahun 2022.

Berkenaan pembangunan transaksi tanpa tunai di negeri tersebut, beliau menyatakan bahawa kerajaan berhasrat untuk menjadikan 90% daripada keseluruhan pasar awam untuk mengaplikasikan sistem pembayaran tanpa tunai menjelang Disember tahun ini.

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai Malaysia yang akan menyediakan 5G pada hujung tahun 2022 atau awal tahun 2023.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Oriental Daily

Exit mobile version