Site icon TechNave BM

Qalbox kini tersedia pada Astro Ultra dan Ulti Box, sajikan penstriman kandungan Islam

Qalbox daripada Muslim Pro iaitu perkhidmatan penstriman hiburan yang terkenal dengan kandungan Islam yang pelbagai di peringkat global telah berkolaborasi dengan Astro untuk menyiarkan kandungan yang berfokuskan Muslim secara eksklusif.

Qalbox akan tersedia pada semua Astro Ultra dan Ulti Box yang menawarkan rangkaian kandungan yang luas untuk komuniti Muslim. Pelanggan Astro yang memiliki Ultra/Ulti Box akan menikmati langganan percuma eksklusif Qalbox serta akses premium Muslim Pro selama dua bulan bermula dari 27 Julai 2023 hingga 26 September 2023.

Selepas tempoh dua bulan akses percuma yang berakhir pada 26 September 2023, pelanggan Astro masih boleh mengakses Qalbox dan Muslim Pro dengan menambahnya ke langganan dengan tawaran eksklusif. Sila layari laman rasmi Astro untuk maklumat lanjut.

Pelanggan yang tidak menggunakan Ultra/Ulti Box dan ingin menebus percubaan percuma ini boleh menaik taraf kepada Ultra/Ulti Box. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version