Site icon TechNave BM

Qualcomm cuba membeli Intel untuk kuasai pasaran cip

Satu berita besar muncul dari industri cip hari ini dengan The Wall Street Journal melaporkan bahawa Qualcomm baru-baru ini cuba mendekati Intel dan menyatakan hasrat untuk membelinya. Walaupun langkah ini belum menjaminkan perjanjian yang disahkan, ia membuatkan semua orang teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tahun ini, Qualcomm telah melaburkan lebih banyak tenaga dalam cip seni bina Arm untuk komputer berbanding sebelum ini. Jika Qualcomm secara langsung membeli Intel, teknologi cip berasaskan x86 dan landskap masa depan industri cip PC dijangka berubah secara mendadak.

Hanya beberapa hari yang lalu, Intel baru sahaja melakukan perubahan besar dengan mengasingkan syarikat perniagaan faundri dan mengurangkan tenaga kerja serta mengubah sedikit strategi. Jika dilihat dari situasi semasa, tidak mustahil syarikat gergasi yang telah mendominasi industri cip PC ini selama bertahun-tahun boleh dijual.

Namun jika pembelian Qualcomm ini berjaya, agensi antitrust mungkin tidak akan berdiam diri. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WSJ

Exit mobile version