Site icon TechNave BM

Qualcomm dan ASUS bergabung tenaga lancar telefon pintar dengan RAM 16GB dan skrin 144Hz!

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Qualcomm bakal bekerjasama dengan ASUS untuk sebuah telefon pintar khas untuk Snapdragon Insiders. Hari ini, Qualcomm telah melancarkan peranti itu secara rasmi dan ia hadir dengan nama ‘Smartphone for Insiders’.

Mengikut Qualcomm, peranti ini hadir dengan skrin 6.78 inci AMOLED beresolusi 2440 X 1080. Ia juga dilengkapi Gorilla Glass Victus dan kadar segar semula 144Hz serta menyokong HDR10 dan HDR10+. Seperti yang dijangkakan, ia dikuasai oleh cipset Snapdragon 888 5G dengan RAM 16GB dan storan 512GB.

Untuk kamera pula, ia menggunakan kamera utama 64MP Sony IMX686, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP 3x Zum optikal. Pada bahagian depan, ia dilengkapi kamera swafoto 24MP. Peranti ini hadir dengan bateri 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W.

Tambahan lagi, peranti ini juga menggunakan sensor cap jari Qualcomm 3D Sonic Sensor (2nd Gen) dan teknologi Snapdragon Sound untuk kualiti audio yang lebih premium.

Selain dari telefon pintar, Qualcomm turut melancarkan sebuah fon telinga yang disertakan jika anda membeli telefon pintar Qualcomm ini. Fon telinga ini menyokong ciri pembatalan hingar aktif (ANC) dengan kadar latensi yang sangat rendah.

Jika anda berminat, pakej telefon pintar ini dijual pada tanda harga $1,499 (~RM6,279) dan mula dijual pada bulan Ogos 2021.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami. Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version