Site icon TechNave BM

Qualcomm dijangka lancar cipset Snapdragon 8 Elite 2 pada 23 September ini

Qualcomm dijangka melancarkan cip pemprosesan generasi terbarunya, Snapdragon 8 Elite 2 pada acara khas yang akan berlangsung pada 23 September, lebih awal daripada jadual biasa pada suku keempat tahun ini. Langkah ini dijangka mempercepatkan pelancaran telefon pintar flagship oleh pelbagai jenama, sekali gus memberi kelebihan dalam pasaran peranti premium. Snapdragon 8 Elite 2 yang membawa nombor model SM8850 akan menjadi tumpuan utama acara, namun laporan dari China turut menjangkakan kemunculan satu lagi cip baharu, iaitu SM8845.

Berbeza dengan Snapdragon 8s Gen 5, cip SM8845 ini disasarkan untuk segmen prestasi yang sedikit lebih tinggi tetapi masih di bawah Elite 2. Nama rasmi bagi cip ini masih belum disahkan, namun ia berkemungkinan dipasarkan sebagai Snapdragon 8 Plus. Dibina menggunakan seni bina tersuai Qualcomm dan proses pengilangan yang lebih moden, cip ini dijangka menawarkan prestasi setara dengan Snapdragon 8 Elite sebelum ini, dengan penambahbaikan kecil dari segi kecekapan dan keupayaan menerusi penggunaan komponen daripada Elite 2.

Beberapa pengeluar telefon pintar utama seperti OPPO, OnePlus dan vivo dijangka akan menggunakan cip SM8845 dalam model-model akan datang. Peranti ini mungkin akan hadir dengan bateri besar sehingga 8,000 mAh, hasil penggunaan teknologi bateri Silikon-Karbon (Si-C). Menyasarkan segmen “flagship killer”, cip ini menawarkan prestasi hampir setanding peranti premium tetapi pada harga yang lebih berpatutan. Ia berpotensi menggantikan cip Snapdragon 8 Elite yang terdahulu, dan secara tidak langsung mungkin menjadikan beberapa cip dalam siri Snapdragon 7 kurang relevan di pasaran.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version