Site icon TechNave BM

Qualcomm lancarkan cipset Snapdragon 865 Plus 5G

Qualcomm Technologies telah melancarkan cipset terbaru untuk peranti kelas flagship iaitu Qualcomm Snapdragon 865 Plus 5G Mobile Platform. Cipset tersebut merangkumi CPU Kyro 585 dengan kelajuan clock sehingga 3.1GHz dan GPU Adreno 650 untuk prestasi 10% lebih pantas berbanding Snapdragon 865.

Cipset itu boleh menyokong gameplay 5G pantas sehingga 144fps serta HDR gaming 10-bit yang boleh memaparkan sehingga satu bilion varian warna. Hubungan 5G dikendalikan dengan sistem Snapdragon X55 5G Modem-RF System untuk kelajuan sehingga 7.5Gbps, manakala untuk Wi-Fi pula dikendalikan dengan FastConnect 6900 System yang menyokong hubungan Wi-Fi 6E dan kelajuan sehingga 3.6Gbps.

Setakat ini, telefon pintar ASUS ROG Phone 3 yang akan dilancarkan tidak lama lagi sudah pun disahkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 865 Plus. Selain itu, telefon pintar gaming Lenovo Legion juga dilaporkan akan dilengkapi cipset tersebut.

Apakah pendapat anda tentang cipset flagship terbaru ini? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qualcomm News Releases

Exit mobile version