Site icon TechNave BM

Qualcomm perkenalkan Quick Charge 3+, pengecasan lebih pantas untuk peranti kelas rendah

Qualcomm semalam mengumumkan teknologi Quick Charge 3+, sebuah teknologi yang membawa pengecasan pantas kepada peranti yang dijual pada harga pertengahan dan lebih rendah. Ia akan diperkenalkan dalam Snapdragon 765 dan Snapdragon 765G serta lain-lain cipset Snapdragon yang akan diumumkan pada tahun ini.

Teknologi ini mampu mengecas 0-50% dalam masa 15 minit, iaitu 35% lebih pantas dan 9° Celcius lebih dingin berbanding generasi sebelumnya. Ia juga menyokong kabel USB Type-A dan Type-C manakala peranti yang dilengkapi Quick Charge 3+ boleh digunakan bersama aksesori dan peranti lain yang dilengkapi teknologi Quick Charge lama.

Xiaomi Mi 10 Lite Zoom yang dikuasai oleh Snapdragon 765G adalah telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi kedua-dua teknologi pengecasan Quick Charga 4+ dan Quick Charge 3+.

Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qualcomm

Exit mobile version