Site icon TechNave BM

Qualcomm perkenalkan Snapdragon Insiders, komuniti untuk peminatnya

Pada masa kini, kebanyakan syarikat telefon pintar mempunyai komuniti rasmi mereka tersendiri sebagai sebuah platform untuk berinteraksi dengan perminatnya. Kini, syarikat pengeluar cipset pula, Qualcomm mengambil langkah untuk melakukan perkara yang sama. Terbaru, Qualcomm perkenalkan Snapdragon Insiders, sebuah komuniti khas untuk peminatnya.

Qualcomm menyatakan Snapdragon Insiders ini adalah untuk pengguna yang sedang menggunakan telefon yang dikuasai cipset Snapdragon dan juga untuk pengguna yang meminati teknologi baru dalam sebuah telefon pintar.

Pengguna yang menyertai Snapdragon Insiders akan mendapat akses di belakang tabir, jemputan khas dan giveaways. Mereka juga akan menjadi yang terawal menerima informasi mengenai berita dan pengumuman mengenai peranti Snapdragon. Mereka juga bakal dapat berinteraksi dengan pakar dari Qualcomm serta content creator yang berkaitan.

Untuk menyertai komuniti ini, anda boleh melayari laman web Snapdragon Insider dan daftar untuk mendapat berita terkini mengenainya.

Adakah anda salah satu dari peminat Qualcomm? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version