Site icon TechNave BM

Qualcomm sahkan mereka akan bekalkan cipset telefon kepada HUAWEI

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan telefon pintar HUAWEI pada masa depan mungkin akan dilengkapi cipset Qualcomm. Kini, syarikat cipset Amerika itu telah mengesahkan bahawa mereka telah memperoleh lesen untuk membekalkan cipset 4G kepada HUAWEI.

Walau bagaimanapun, lesen ini hanya membenarkan Qualcomm untuk membekalkan cipset 4G dan bukannya cipset 5G. Setakat ini masih tiada maklumat tentang pembekalan cipset 5G kepada HUAWEI. Memandangkan peranti 5G semakin mendapat tempat di kalangan pengguna, HUAWEI pasti memerlukan cipset 5G untuk terus menghasilkan peranti yang relevan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version