Site icon TechNave BM

Qualcomm sahkan siri Samsung Galaxy S23 hanya menggunakan cipset Snapdragon

Samsung dijangka melancarkan telefon siri Galaxy S23 pada minggu pertama Februari mengikut khabar angin terkini dan ini mungkin tahun di mana semua model akan dilancarkan dengan cipset yang sama di seluruh dunia. Khabar angin tentang barisan telefon siri Galaxy S23 bakal menggunakan cipset Snapdragon telah berlangsung selama berbulan-bulan.

Qualcomm mengesahkan khabar angin ini adalah benar. Semasa pendedahan pendapatan Q4, CFO Qualcomm, Akash Palkhiwala mengesahkan jangkaan untuk separuh kedua yang kukuh bagi suku pertama iaitu pada Mac 2023 yang berkemungkinan bertepatan dengan bulan pertama jualan untuk telefon siri Galaxy S23.

Beliau juga mengesahkan Qualcomm telah beralih daripada bahagian 75% dalam siri Galaxy S22 kepada bahagian global. Bermakna set cip Qualcomm untuk semua model siri S23 akan datang. Ketiga-tiga telefon siri Samsung Galaxy S23 iaitu S23, S23+ dan S22 Ultra telah pun melalui Geekbench dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2.

Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm, Cristiano Amon mengesahkan perkongsian bertahun-tahun dengan Samsung yang akan membawa cipset Snapdragon kepada semua telefon Samsung Galaxy andalan di seluruh dunia.

Laporan bulan lepas masih mencadangkan siri Galaxy S23 menggunakan cipset Exynos walaupun terdapat laporan kekecewaan pengguna Samsung MX (Mobile eXperience). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version