Site icon TechNave BM

Qualcomm sedang bina cipset Snapdragon 888 versi lebih murah, tanpa sokongan 5G

Setakat ini, cipset terbaru kelas andalan dari Qualcomm adalah Snapdragon 888 dan Snapdragon 870. Terkini, Qualcomm dilapor sedang menghasilkan cipset seperti Snapdragon 888, tetapi didakwa sebagai varian yang lebih rendah.

Menurut pendedah maklumat terkenal Roland Quandt, Qualcomm bakal mengeluarkan Snapdragon 888 versi lebih rendah. Cipset dengan nombor model SM8325 ini menyerupai nombor model untuk Snapdragon 888 iaitu SM8350.

Tambah sumber, cipset ini mungkin tidak hadir dengan sokongan modem 5G seperti Snapdragon 888. Dengan ketiadaan sokongan 5G, ia mungkin bakal menyumbang kepada kewujudan peranti berprestasi, tetapi dengan harga lebih murah.

Apa pun, kita pasti bakal mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai cipset ini pada hari-hari yang akan datang. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter/rquandt

Exit mobile version