Site icon TechNave BM

Qualcomm sedang uji cip ARM kedua untuk Windows – Snapdragon X Plus

Qualcomm baru-baru ini mengumumkan cip ARM perdana baharunya untuk komputer Windows, X Elite. Namun, dalam masa yang sama juga Qualcomm sedang menguji cip subtier yang dijangka dipanggil Snapdragon X Plus.

Nombor SKU untuk cip yang dimaksudkan ialah X1P. Memandangkan Snapdragon X Elite ialah X1E, adalah logik untuk menjangkakan bahawa ini adalah Snapdragon X Plus. Qualcomm telah menguji cip X1P44100 dan X1P46100 sejak dari Februari lalu.

Kedua-dua cip mempunyai modem Snapdragon X65 5G terbina dalam dan kami tidak mempunyai maklumat lain tentang seni bina cip itu. Laporan Winfuture menunjukkan kemungkinan 10-teras Snapdragon X Plus untuk menambah 12-teras X Elite.

Snapdragon X Plus dijangka membawa persaingan terus kepada cip ARM Apple. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WinFuture

Exit mobile version