Site icon TechNave BM

Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2 dilancar, tampilkan binaan 4nm

Qualcomm telah memperkenalkan cipset Snapdragon 4 Gen 2 sebagai pengganti kepada Snapdragon 4 Gen 1. SD 4 Gen 2 membawa beberapa ciri dan peningkatan baharu yang dibina pada proses 4nm Samsung (SM4450).

Ia dilengkapi dengan dua teras prestasi (Cortex-A78) yang beroperasi pada 2.0GHz dan enam teras kecekapan (Cortex-A55) yang beroperasi pada 2.0GHz. SD 4 Gen 2 menjanjikan prestasi 10 peratus lebih baik daripada SD 4 Gen 1. Namun, tiada maklumat GPU yang dilengkapi pada cipset tersebut.

Snapdragon 4 Gen 2 didatangkan dengan sokongan RAM LPDDR5x sehingga 3,200MHz, storan UFS 3.1 dan paparan resolusi maksimum FHD+ pada 120fps. SD 4 Gen 2 menyokong kamera sehingga 108MP atau 32MP (16MP + 16MP) persediaan dwi-kamera.

Cip ini mempunyai Motion Compensated Temporal Filtering (MCTF) untuk pengurangan noise yang lebih baik semasa merakam video. Ia menyokong video 1080p pada 60fps, gerakan perlahan 720p pada 120fps dan termasuk Penstabilan Imej Elektronik (EIS).

Snapdragon 4 Gen 2 menyokong Quick Charge 4+ dan sambungan USB-C standard USB 3.2 Gen 1. Cip ini mempunyai modem Snapdragon X61 5G dengan 4×4 MIMO, Wi-Fi 802.1ac dan Bluetooth 5.1 dengan aptX untuk audio.

Telefon yang menampilkan cipset SD 4 Gen 2 dijangka akan mula diperkenalkan pada penggal kedua 2023 dengan Redmi dan Vivo akan menjadi antara jenama pertama yang menggunakannya.

Minggu lepas, Redmi Note 12R diumumkan bakal menggunakan cipset SD 4 Gen 2 dan akan dilancarkan pada 30 Jun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qualcomm

Exit mobile version