Site icon TechNave BM

Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2 diumum, cipset baharu untuk peranti segmen pertengahan

Qualcomm baru sahaja mengumumkan cipset Snapdragon 7+ Gen 2 untuk peranti segmen pertengahan. Untuk pengetahuan, Qualcomm tidak menggunakan nama Snapdragon 7+ Gen 1 atau Snapdragon 7 Gen 2. Snapdragon 7+ Gen 2 menjanjikan prestasi yang lancar dan peningkatan kecekapan kuasa.

Teras CPU Kryo utama mencatatkan kadar pada 2.91GHz dan keseluruhan pakej CPU 1+3+4 memberikan lebih 50% lonjakan prestasi berbanding SD7 Gen 1. GPU Adreno yang digunakan menawarkan peningkatan prestasi 2x ganda.

Ciri platform lain termasuk Auto Variable Rate Shading yang menjadikan game boleh dimainkan dalam resolusi tinggi dan meninggalkan latar belakang dalam resolusi rendah untuk menjimatkan kuasa serta sumber. Rendering Volumetrik juga disertakan seperti yang terdapat pada platform Snapdragon 8 Gen 1.

ISP dinaik taraf kepada 18-bit Triple ISP untuk fotografi cahaya malap yang dipertingkatkan dengan menyusun 30 imej menjadi satu. Penderia 200MP turut disokong serta tangkapan video HDR dengan exposure tiga kali ganda daripada dua kamera secara serentak.

Untuk AI, Enjin AI Qualcomm menawarkan prestasi 2x lebih baik dan 40% penjimatan bateri bagi setiap watt. Snapdragon 7+ Gen 2 menggunakan sambungan Sistem Modem-RF Snapdragon X62 5G dengan muat turun sehingga 4.4 Gbps. Terdapat juga ciri Dual-Sim Dual Active (DSDA) 4G/5G.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AndroidAuthority

Exit mobile version