Site icon TechNave BM

Qualcomm Snapdragon 8 Plus bakal dilancar Mei ini, hasilkan cipset lebih banyak berbanding Samsung

Sebelum ini, dilaporkan bahawa cipset Qualcomm Snapdragon 8 mempunyai prestasi yang kurang sedikit berbanding cipset yang Samsung hasilkan. Oleh itu, Qualcomm sedang bersedia untuk beralih ke pembuatan TSMC. Menurut laporan media baru-baru ini, Qualcomm akan melancarkan cipset Snapdragon 8 Plus pada Mei ini.

Berdasarkan pendedahan media, cipset Qualcomm Snapdragon 8 Plus akan dibina pada cipset TSMC bersaiz 4nm yang bakal menghasilkan prestasi yang lebih tinggi. Media melaporkan bahawa cipset MediaTek yang telah dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan mempunyai reputasi yang baik. Sebaliknya, penghasilan cipset Qualcomm Snapdragon 8 sedikit suram.

Maka, Qualcomm mengambil keputusan untuk beralih kepada TSMC untuk membetulkan keadaan ini. Difahamkan, banyak jenama terkenal sudah mendapatkan sampel cipset Snapdragon 8 Plus dan sedang menjalankan ujian. Pengeluar ini termasuk Lenovo, Motorola, OnePlus, Xiaomi dan lain-lain.

Dijangka model yang dilengkapi dengan Snapdragon 8 Plus akan diperkenalkan pada Jun tahun ini. Pakar penyelidik digital domestik China menegaskan bahawa Snapdragon 8 Plus akan dilancar pada suku kedua tahun ini dan lebih daripada 50,000 cip Snapdragon 8 Plus 4nm akan dihasilkan pada suku ketiga.

Kadar penghasilan lebih daripada 70% iaitu lebih daripada dua kali ganda kadar penghasilan Samsung iaitu sebanyak 35%. Jika ia berjalan lancar, bermula pada separuh kedua tahun ini, reputasi Qualcomm dalam pasaran untuk cipset telefon andalan akan bertambah baik.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: expreview

Exit mobile version