Site icon TechNave BM

Qualcomm Snapdragon 888 5G dilancar: Prestasi lebih tinggi sehingga 35% berbanding Snapdragon 865

Qualcomm hari ini telah melancarkan cipset flagship terbaru, Qualcomm Snapdragon 888 5G Mobile Platform, sewaktu hari pertama dalam acara Snapdragon Tech Summit Digital 2020. Cipset ini dilengkapi pelbagai teknologi 5G tercanggih termasuklah X60 5G Modem-RF System untuk dihubungkan dengan lebih banyak gelombang 5G mmWave dan sub-6.

Snapdragon 888 dilengkapi pemproses kecerdasan buatan (artificial intelligence) Qualcomm AI Engine ke-6, dengan kelajuan 26 TOPS (tera operations per second). Untuk gaming pula, teknologi Snapdragon Elite Gaming generasi ke-3 mampu menjana kadar bingkai sehingga 144 bingkai sesaat dan kelajuan GPU yang lebih tinggi sebanyak 35% berbanding Snapdragon 865.

Daripada segi fotografi pula, cipset baru ini boleh merakam 2.7 gigapiksel atau lebih kurang 120 gambar 12MP sesaat. Qualcomm akan membentangkan maklumat yang lebih terperinci tentang Snapdragon 888 pada hari kedua Tech Summit Digital 2020.

Adakah anda berminat untuk memiliki telefon dengan cipset Qualcomm Snapdragon 888 5G? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qualcomm

Exit mobile version