Site icon TechNave BM

Qualcomm Snapdragon 8cx Gen 3 dilancar: Cipset 5nm pertama untuk komputer riba

Syarikat komputer Qualcomm telah melancarkan cipset terbaru untuk komputer riba nipis iaitu Snapdragon 8cx Gen 3 dan ia merupakan cipset komputer riba pertama yang dibuat dengan proses nod 5nm. Qualcomm mengatakan cipset ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 85% berbandung platform x86.

Ia turut dilengkapi unit pemproses grafik Qualcomm Adreno GPU yang menawarkan peningkatan prestasi grafik sebanyak 60% dan resolusi Full HD pada kadar 120fps. Ia juga menjanjikan penggunaan bateri yang lebih cekap, di mana hayat bateri boleh dipanjangkan sebanyak 50% untuk gaming.

Cipset ini turut dilengkapi pemproses signal imej Qualcomm Spectra ISP untuk kualiti panggilan video 4K HDR yang lebih jelas, dengan kebolehan autofokus, auto imbangan putih dan auto pendedahan (exposure) yang diperbaharui. Teknologi Qualcomm Noise dan Echo Cancellation pula membenarkan suara pengguna untuk didengari dengan lebih jelas.

Untuk prestasi AI, cipset ini menawarkan kelajuan pemproesan sebanyak 29+ TOPS. Bagi melindungi data pengguna, ia dilengkapi Qualcomm Secure Processing Unit (SPU) untuk melindungi data penting termasuklah identiti peribadi dan kunci encryption.

Cipset ini menyokong sistem modem Snapdragon X55, X62 dan X65 5G serta Qualcomm FastConnect 6900 untuk kelajuan Wi-Fi 6/6E terpantas.

Selain Snapdragon 8cx Gen 3, Qualcomm turut melancarkan cipset Snapdragon 7c+ Gen3 untuk komputer riba kelas permulaan. Ia adalah sebuah cipset 6nm yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 60% dan prestasi GPU sebanyak 70% berbanding generasi sebelumnya. Ia juga merupakan cipset komputer riba kelas permulaan pertama yang menyokong rangkaian 5G.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version