Site icon TechNave BM

Qualcomm umum cipset Snapdragon XR2+ Gen 1, digunakan pada Meta Quest Pro VR

Set kepala Quest Pro Virtual Reality/Mixed Reality (VR/MR) Meta baru sahaja dilancar secara rasmi dan ia dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon XR2+ Gen 1 serba baharu. Qualcomm sendiri kini telah menerbitkan beberapa butiran lanjut mengenainya.

Snapdragon XR2+ Gen 1 atau nama singakatannya XR2+ Gen 1 hadir dengan pemprosesan imej baharu, mencapai kependaman (latency) kurang daripada 10ms dan liputan warna penuh untuk video realiti campuran (MR).

Ia juga menyokong video 8K 60fps 360 darjah, teknologi persepsi serentak, penjejakan kepala, tangan dan pengawal, pembinaan semula 3D, pemetaan bilik automatik serta ketumpatan piksel tinggi. Cipset ini mempunyai 30% pengurangan haba dan 50% kuasa yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya.

Menariknya, pengawal Meta Quest Touch Pro dikuasakan oleh platform Snapdragon 662 membolehkan pengguna menjejaki melalui berbilang kamera dan menawarkan kependaman ultra rendah pada set kepala. Qualcomm berkata beberapa syarikat komited untuk melancarkan peranti yang dikuasakan oleh XR2+ menjelang akhir tahun ini.

Setakat ini, cip Snapdragon XR menguasai 60 peranti XR (Realiti EXtended) di seluruh dunia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version