Site icon TechNave BM

Qualcomm umum cipset terbaharu Snapdragon 8+ Gen 1 dan Snapdragon 7 Gen 1

Baru-baru ini, Qualcomm telah memperkenalkan pengganti cip Snapdragon 8 Gen 1. Ternyata khabar angin sebelum ini salah berkenaan nama yang telah diberikan. Qualcomm memperkenalkan cipset terbaharu mereka dengan nama Snapdragon 8+ Gen 1.

Qualcomm mendakwa bahawa cip itu akan membawa peningkatan kelajuan pemprosesan sebanyak 10 peratus dan prestasi setiap Watt 20 peratus lebih tinggi untuk AI. Tambahan, pengurangan kuasa sebanyak 30 peratus juga menawarkan sesi gaming yang lama pada peranti Android anda.

Pengeluar cip itu menjangkakan produk akan mula dilancarkan pada suku ketiga untuk jenama seperti ASUS, HONOR, Motorola, OnePlus, OPPO dan Xiaomi. Selain Snapdragon 8+ Gen 1, Snapdragon 7 Gen 1 turut hadir sebagai pengganti kepada cipset Snapdragon 778G. Ia dilengkapi dengan GPU Adreno yang dinaik taraf dengan kira-kira 20 peratus lebih pantas manakala pemprosesan AI 30 peratus lebih pantas.

Selain itu, cipset ini turut menampilkan sokongan untuk merakam menggunakan tiga kamera secara serentak, peningkatan keselamatan data pada cip dan peningkatan audio yang terdapat pada Snapdragon 8 Gen 1. Peranti dengan cip itu dijangka akan dilancarkan menjelang akhir suku kedua daripada jenama seperti HONOR, OPPO dan Xiaomi.

Adakah anda teruja melihat peranti dengan cipset Snapdragon baharu ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version