Site icon TechNave BM

Qualcomm umum Snapdragon 750G, Adreno 619 untuk AI dan grafik ‘gaming’ lebih baik

Terkini, Qualcomm telah mengumumkan pemproses atau cipset untuk telefon pintar yang terbaru, Snapdragon 750G. Snapdragon 750G ialah cipset kelas pertengahan yang dikira sebagai pengganti kepada Snapdragon 730G.

Cip terbari ini dilengkapi pembaharuan pada pemproses grafiknya GPU Adreno 619,. Ia dikatakan mampu memberi prestasi grafik 10% lebih berbaik berbanding Adreno 618 yang ada pada Snapdragon 730G. CPU juga dinaik taraf dengan Kryo 570 dengan prestasi 20% lebih baik dari Snapdragon 730G. Baca lebih spesifikasi di laman rasmi Qualcomm.

Melalui semua naik taraf ini, Snapdragon 750G mampu memberi prestasi AI yang lebih baik, contohnya fungsi kamera AI. Tambahan pula, terdapat ciri terpilih dari Select Snapdragon Elite Gaming iaitu Color Plus Mode untuk memberi warna dan butiran yang lebih baik dalam game.

Untuk pengetahuan anda, Snapdragon 750G bukanlah saingan kepada Snapdragon 765/765G/768G, tetapi pengganti kepada Snapdragon 730G. Setakat ini, kami belum mendapat maklumat tentang telefon pintar mana yang akan menggunakan cipset baharu ini.

Apakah jangkaan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version