Site icon TechNave BM

Qualcomm umum Snapdragon Sound: Kualiti audio wayarles lebih baik untuk pengguna

Selain daripada perisian yang melibatkan pengoptimuman prestasi kelajuan cipset atau prestasi grafik, terdapat beberapa ciri lain yang perlu dinaik taraf seperti kualiti audio. Qualcomm kini mengumumkan Snapdragon Sound sebagai inisiatif untuk menambah baik kualiti audio wayarles.

Menurut Naib Presiden Qualcomm James Chapman, Snapdragon Sound adalah rantaian inovasi dan perisian audio untuk memberi kualiti audio wayarles yang baik kepada pengguna yang mendengar melalui fon kepala, fon telinga dan peranti audio lain.

Antara perkara dalam inisiatif Snapdragon Sound adalah pemproses audio Bluetooth terkini dari Qualcomm dan pengekodan aptX Adaptive. Snapdragon Sound juga memfokuskan kepada kualiti panggilan audio yang lebih jelas dan kependaman (latency) yang lebih rendah semasa bermain game.

Memandangkan kebanyakan aplikasi muzik menawarkan penstriman muzik dengan kualiti baik, sudah tiba masanya untuk syarikat lain turut memperbaik kualiti audio mereka seperti Snapdragon. Anda boleh membaca maklumat selebihnya mengenai Snapdragon Sound di pautan ini.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qualcomm

Exit mobile version