Site icon TechNave BM

Qualcomm umumkan 4 cipset Snapdragon kelas pertengahan: 778G+, 695, 680 dan 480+

Pada hari ini, Qualcomm telah mengumumkan beberapa cipset baharu untuk telefon pintar kelas pertengahan iaitu Snapdragon 778 Plus 5G, Snapdragon 695 5G, Snapdragon 680 4G dan Snapdragon 480 Plus 5G.

Antara cipset yang menarik adalah Snapdragon 695 5G yang menggantikan Snapdragon 690 dan kini menyokong gelombang mmWave dan rangkaian 5G versi sub-6GHz untuk kelajuan internet yang lebih pantas dalam telefon pertengahan. Qualcomm turut menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 15% untuk CPU dan 30% untuk grafik berbanding Snapdragon 690.

Snapdragon 680 4G pula dibina dengan proses 6nm seperti Snapdragon 695 yang dikhaskan untuk telefon-telefon 4G dalam pasaran yang masih belum mempunyai rangkaian 5G.

Dua lagi cipset sekadar menawarkan penambahbaikan prestasi daripada versi asal. Snapdragon 778G Plus 5G menawarkan prestasi CPU dan GPU yang lebih pantas daripada Snapdragon 778G, manakala Snapdragon 480 Plus 5G juga menawarkan penambahbaikan serupa daripada Snapdragon 480.

Syarikat telefon yang bakal menggunakan cipset baru ini termasuklah Nokia, HONOR, Motorola, OPPO, vivo dan Xiaomi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version