Site icon TechNave BM

Qualcomm umumkan cipset 5G berpatutan Snapdragon 690, sokong 120Hz, WiFi 6 dan cas pantas

Terkini, Qualcomm telah mengumumkan ahli baharu untuk keluarga cipset Snapdragon siri 6. Cipset Snapdragon 690 yang diumumkan merupakan cipset generasi seterusnya daripada Snapdragon 675. Lebih menarik, ia merupakan cipset berpatutan yang menyokong 5G.

Snapdragon 690 dengan proses 8nm bakal menyokong SA, NSA dan 5G secara global melalui sub-6GHz. Berbanding cipset Snapdragon 675 sebelumnya, cipset terkini bakal memiliki prestasi CPU 20% lebih pantas dan grafik 60% lebih baik.

Turut disokong oleh cipset adalah rakaman video HDR 4K/30fps, skrin sehingga 120Hz dengan resolusi FHD+, WiFi 6 dan Quick Charge 4+. Terdapat juga teknologi enjin AI baharu ARCSOFT yang melancarkan transisi semasa menggunakan lensa kamera.

Setakat ini, Qualcomm mengumumkan bahawa cipset ini akan menjana peranti HMD Global (Nokia), Motorola, LG, SHARP, TCL dan Wingtech.

Apakah pandangan dan jangkaan anda mengenai cipset ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version