Qualcomm baru-baru ini memperkenalkan Snapdragon 8 Elite iaitu cip pemprosesan terbaharu yang direka untuk bersaing dengan cipset andalan daripada pengeluar lain termasuk MediaTek Dimensity 9400. Cip ini menggunakan reka bentuk semua teras besar yang mampu memberikan prestasi yang lebih baik dalam pelbagai aplikasi dan permainan.
Snapdragon 8 Elite menawarkan peningkatan dalam kecekapan tenaga serta kebolehan pemprosesan grafik. Dibina pada proses 3nm TSMC, 8 Elite menjanjikan peningkatan prestasi yang ketara berbanding pendahulunya. Qualcomm mendakwa peningkatan 45% dalam prestasi CPU dan peningkatan 44% dalam kecekapan kuasa.
Snapdragon 8 Elite juga hadir dengan sokongan untuk rangkaian 5G yang lebih pantas dan teknologi AI yang lebih maju serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang memberi keutamaan kepada perlindungan data pengguna. Kehadiran Snapdragon 8 Elite dijangka memberi impak besar dalam pasaran telefon pintar terutama dalam persaingan dengan cip-cip andalan lain.
Nantikan pengeluar telefon pintar untuk mengintegrasikan cip ini dalam model-model terbaru mereka. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Qualcomm

