Site icon TechNave BM

Quiet Ride kini kekal dalam aplikasi Grab dan ini cara untuk mengaktifkannya

Selama beberapa minggu, ciri Quiet Ride telah menjadi sebahagian daripada aplikasi Grab jika anda tidak mahu bercakap semasa perjalanan. Kini, ciri tersebut dijadikan kekal dan anda boleh mula mengaktifkannya.

Anda hanya perlu memesan perjalanan Grab dalam aplikasi seperti biasa. Tetapi sebelum anda menempahnya, klik pada simbol “…” kemudian, klik pada Quiet Ride. Ciri ini akan sentiasa dihidupkan untuk perjalanan Grab anda yang seterusnya sehingga anda memilih untuk mematikannya.

Walaupun begitu, pemandu Grab masih boleh menyemak butiran perjalanan anda yang disahkan, menjawab panggilan telefon mereka dan menghidupkan muzik. Sekiranya pemandu terlepas pandang permintaan Quiet Ride, maka anda mungkin boleh beritahu mereka jika itu yang anda mahukan.

Anda boleh melawati bahagian Soalan Lazim Quiet Ride di sini untuk dapatkan butiran lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version