Site icon TechNave BM

Rakyat China menonton lebih banyak TV kerana kekangan yang disebabkan Coronavirus

Tontonan televisyen di China sewaktu musim perayaan baru-baru ini telah mencecah rekod paling tinggi, hasil daripada sekatan dan cuti lanjutan yang disebabkan oleh wabak Coronavirus. Lebih ramai orang meluangkan masa di hadapan televisyen atau telefon pintar mereka daripada menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Data daripada Aowei Cloud mendapati tahap penggunaan televisyen pintar sewaktu Tahun Baru Cina meningkat 11% berbanding waktu biasa. Sepanjang cuti lanjutan selama tiga hari, trend tersebut tidak berubah langsung. Penghijrahan balik kampung untuk menyambut perayaan telah menyebabkan tahap tontonan televisyen di bandar besar berkurangan berbanding bandar-bandar kecil.

Banyak keluarga mendapati mereka tidak mempunyai rancangan yang jelas untuk meluangkan masa kosong sepanjang cuti lanjutan, jadi mereka menonton televisyen demi mengisi masa. Ini juga disebabkan oleh sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan, maka mereka mengharapkan pada televisyen untuk mendapatkan maklumat terkini.

Malah, banyak keluarga telah membiarkan televisyen mereka terpasang selama tujuh hari cuti Tahun Baru Cina dan tiga hari cuti lanjutan berturut-turut iaitu seramai 43%.

Kongsi di Facebook kami bagaimana anda mengikuti perkembangan wabak Coronavirus dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version