Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang hantaran yang dimuat naik ke dalam media sosial, terutamanya kandungan palsu yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau menumpukan pada penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan imej palsu atau deepfake terhadap individu-individu ternama, seperti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Beliau mengingatkan rakyat supaya semak akaun yang memuat naik sebuah kandungan ke dalam media sosial, sama ada akaun tersebut palsu atau akaun pengajuk (impersonator).
Rakyat juga diminta untuk tidak mudah percaya dengan kandungan lama yang disebarkan menerusi media sosial kerana ia mungkin kandungan yang sudah lama atau disunting semula untuk menukar belit konteks sebenar. Kandungan tersebut mungkin disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin menimbulkan kegusaran dalam masyarakat.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

