Site icon TechNave BM

Rakyat Malaysia bakal terima baucar RM100 dari kerajaan untuk perbelanjaan perjalanan domestik

Dengan penyebaran wabak Covid-19 baru-baru ini, kami percaya ramai daripada anda telah memilih untuk tinggal di rumah bagi mengelakkan virus itu. Sesetengah daripada anda mungkin telah membatalkan perancangan percutian keluar negara.

Nampaknya ekonomi negara agak terjejas dan kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menyelesaikannya. Hari ini, Perdana Menteri sementara, Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan bahawa pelepasan cukai dan baucar RM100 akan diberikan kepada mereka yang melakukan perjalanan di dalam negara.

Pelepasan cukai dan baucar yang disebutkan itu sebenarnya adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang baru saja diumumkan hari ini. Ia bertujuan menambah permintaan untuk pelancongan domestik.

Rakyat Malaysia akan mendapat pelepasan cukai sehingga RM1000 untuk perbelanjaan berkaitan dengan pelancongan dalam negeri, dan RM100 yang akan diberikan dalam bentuk baucar digital. Baucar dikatakan hanya digunakan untuk tujuan perjalanan domestik, seperti membeli tiket penerbangan, perjalanan kereta api, dan tempahan hotel.

Kemungkinan baucar RM100 akan diberikan kepada rakyat Malaysia menerusi e-dompet, memandangkan negara kita sedang mempromosikan sistem pembayaran digital. Walau bagaimanapun, dalam ucapan beliau tidak menyebut bagaimana baucar itu akan disampaikan. Jika benar, ini bermakna kita akan dapat insentif dari kerajaan melalui e-wallet lagi!

Tinggalkan komen anda di Facebook kami TechNave.com dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version