Site icon TechNave BM

Rakyat Malaysia boleh gunakan pembayaran DuitNow QR di Jepun mulai 2025

Rakyat Malaysia dijangka boleh menggunakan DuitNow QR PayNet untuk membayar di negara Asia Tenggara dan Jepun menjelang 2025. Jepun mendedahkan bahawa mereka menjadikan sistem pembayaran kod QR serasi dengan negara Asia Tenggara yang lain.

Menurut sumber, sistem ini bakal dilancarkan pada April 2025 yang akan membolehkan pembayaran tanpa tunai antara negara berbeza tanpa memerlukan pertukaran mata wang. Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun mendakwa telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan bank pusat di Asia Tenggara.

Jepun adalah satu-satunya negara maju yang masih menggunakan wang tunai untuk transaksi secara besar-besaran. Kaedah pembayaran baharu ini dipanggil JPQR dan ia membolehkan pengguna membuat pembayaran melalui pembekal perkhidmatan yang berbeza menggunakan kod tunggal berdasarkan JPQR serupa dengan DuitNow QR di Malaysia.

Pada masa ini, rakyat Malaysia sudah boleh menggunakan DuitNow QR untuk pembayaran di Thailand, Singapura dan Indonesia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nikkei Asia

Exit mobile version