Site icon TechNave BM

Rakyat Malaysia kelak boleh daftar di MySejahtera jika ingin ambil vaksin COVID-19

Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sejumlah dana untuk bekalan vaksin COVID-19. Terkini, kerajaan dilihat bakal memulakan langkah awal untuk pengambilan vaksin dengan membuka pendaftaran di aplikasi MySejahtera.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, pengambilan vaksin adalah secara sukarela dan aplikasi MySejatera bakal menyedikan ciri pendaftaran kelak. Tambah beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memantau kesan pengambilan vaksin COVID-19 dalam beberapa tahun pertama ini.

Laporan sebarang kesan pengambilan vaksin juga bakal boleh dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera sahaja. Sepertinya, langkah ciri pendaftaran dan pemantauan melalui aplikasi MySejahtera bakal memudahkan rakyat Malaysia.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Vibes

Gambar dari goody25

Exit mobile version