Site icon TechNave BM

Rakyat Malaysia kini boleh dapatkan diskaun 30% untuk jaminan lindungan Samsung Care+

Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk anda memiliki peranti Samsung kerana anda boleh dapatkan diskaun untuk pelan waranti Samsung Care+ sehingga 30%. Promosi ini bermula pada hari ini sehingga 31 Disember 2021 khas untuk peranti terpilih di kedai dalam talian Samsung dan cawangan yang mengambil bahagian.

Menurut senarai di bawah, peranti yang termasuk dalam promosi adalah Samsung Galaxy Z Fold3 5G, Z Flip3 5G, S21 5G, S21+ 5G, S21 Ultra 5G, Note20 5G, Note20 Ultra 5G, S20 FE 4G dan S20 FE 5G. Bukan itu sahaja, pelan Samsung Care+ turut menawarkan anda harga jaminan kemalangan dan pecah cecair (liquid breakage) untuk 1 tahun atau 2 tahun.

Untuk siri A seperti Samsung Galaxy A32 5G, A52, A52s 5G, A52 5G dan A72 pula menawarkan diskaun sehingga 20% untuk 1 tahun atau 2 tahun harga jaminan kemalangan & pecah cecair . Di bawah merupakan harga peranti yang terlibat dalam pelan Samsung Care+:

Peranti Samsung yang terpilihPelan 1 tahun Samsung Care+ (RRP) sebelum promosiPelan 1 tahun Samsung Care+ harga selepas diskaun 30% Pelan 2 tahun Samsung Care+ (RRP) sebelum promosiPelan 2 tahun Samsung Care+ harga selepas diskaun 30%
Galaxy Z Fold3 5G 
(256GB dan 512GB)
7995991299974.25
Galaxy Z Flip3 5G
(128GB dan 256GB)
699524.251199899.25
Galaxy S21 Ultra 5G (256GB)330231630441
Galaxy S21+ 5G (256GB)330231630441
Galaxy S21 5G (256GB)330231630441
Galaxy Note20 Ultra 5G330231630441
Galaxy Note20 5G330231630441
Galaxy S20 FE 5G dan 4G220154420294
Galaxy A32 5G11088210168
 Galaxy A5211088210168
Galaxy A72220176420336
Galaxy A52s 5G220176420336
Galaxy A52 5G220176420336

Anda boleh ke laman web rasmi Samsung untuk tahu lebih lanjut mengenai Samsung Care+. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version