Site icon TechNave BM

Rakyat Malaysia kini boleh pra-tempah Sony Xperia 10 II berharga RM1,799, percuma WI-C400

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai Sony yang telah mengumumkan Xperia 10 II di Malaysia – Kelas pertengahan dengan skrin OLED berharga RM1,799. Anda kini boleh pra-tempah peranti tersebut pada harga yang dinyatakan.

Melalui siaran Sony, anda layak membawa pulang fon telinga WI-C400 bernilai RM249 secara percuma melalui pra-tempah ini (stok terhad). Perlu anda ketahui bahawa tarikh pra-tempah telah bermula sekarang sehingga 5 Julai 2020 di laman web Sony.

Adakah anda bakal mendapatkan peranti kelas pertengahan dengan skrin OLED ini? Beritahu kami di Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sony

Exit mobile version